Had aktiviti hiburan di bulan Ramadan


Bulan Ramadan tidak lama lagi, pastinya umat Islam sudah bersedia untuk menyambutnya dengan hati yang gembira. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan dijanjikan dengan penuh pahala.

Cadangan menghadkan aktiviti hiburan adalah tindakan yang baik. Umat Islam perlu tanamkan niat dalam diri untuk melakukan lebih ibadat tanpa arahan mana-mana pihak.

Komen Sop: Gembira menanti kehadiran Ramadan.

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa mengehadkan operasi pusat hiburan di negeri ini sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu dan membolehkan umat Islam memfokuskan kepada beribadat.

Ketika membuat gesaan itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, berkata pihaknya dalam mesyuarat pada 25 Julai ini akan mengusulkan perkara berkenaan secara rasmi kepada kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

“Kami berharap sempena Ramadan yang mulia ini kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan supaya operasi pusat hiburan dihadkan sebagai tanda menghormati Ramadan serta menggalakkan umat Islam, terutama golongan muda supaya lebih rajin beribadat.

“Kami tidak mahu orang Islam terutama orang muda leka berhibur di pusat hiburan walaupun pada Ramadan sehingga terlupa untuk beribadat dan merebut segala keistimewaan serta nikmat yang dijanjikan Allah pada bulan itu,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, kerajaan Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu ditutup buat sementara waktu sepanjang Ramadan dan ia dibuat mengikut Enakmen Hiburan Negeri 1997.

Menerusi enakmen berkenaan, sebanyak 13 jenis pusat hiburan akan ditutup buat sementara sepanjang Ramadan antaranya pawagam, premis snooker, pusat bowling, pusat permainan mahjong diuruskan persatuan Cina, pusat permainan video dan disko.

Mohd Salleh berkata, pihaknya tidak boleh menuntut supaya larangan beroperasi sepenuhnya terhadap pengusaha pusat hiburan seperti dilakukan di Kedah kerana populasi penduduk kedua-dua negeri itu jelas berbeza.

“Di sini (Pulau Pinang) ramai bukan Islam manakala di Kedah keadaannya adalah sebaliknya. Jadi, mungkin memadai kalau kami mencadangkan supaya operasi pusat hiburan di negeri ini dihadkan, bukannya dihentikan sementara.

“Cadangan kami supaya operasi pusat hiburan dihadkan adalah bagi membantu sedikit sebanyak umat Islam memfokuskan kepada beribadat sepanjang tempoh itu (Ramadan) dan sebagai satu suara mewakili orang Islam di negeri ini,” katanya. (Berita Harian)

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »