Berapa banyak blogwalking sehari?



Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Agak lama Sop tidak membuat entry tentang blogger atau tajuk-tajuk berkaitan. Hari ini pun bukan entry mengenai tips blogwalking atau cara terbaik tetapi hanya ingin mendapat maklum balas sahaja.

Terdapat rakan blogger yang sangat aktif blogwalking setiap hari. Tahniah Sop ucapkan kerana mampu menjadi blogger yang cukup aktif. Kepada yang kurang aktif, tidak menjadi masalah kerana ia adalah bergantung kepada tujuan kita berblog.

Untuk perkongsian, Sop hanya mampu blogwalking dari 10 hingga 30 puluh blog sahaja sehari. Itupun dari pagi sehingga malam. Jika blogwalking menggunakan pc atau laptop, lebih laju sikit dan lebih banyak blog boleh dilawati. Jila menggunakan handphone, Sop biasanya hanya membalas jejak rakan-rakan sahaja.

Bagaimana dengan anda pula? Berapa buah blog sehari dapat anda lawat semasa aktiviti blogwalking?

Semoga maklumat anda boleh memberi pembakar semangat untuk rakan-rakan untuk blogwalking. Jom kita lihat rekod paling banyak.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »