21 June 2011

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal



Apa kesan perkahwinan sejenis dalam Masyarakat?

Rasanya ramai yang tahu kesan perkahwinan jenis ini. Tetapi kenapa ia masih perlu berlaku?

Persoalan tersebut telah dibincangkan dari sejak dulu lagi.

Adakah kehendak songsang ini menjadi hak asasi manusia?

Pada pendapat Sop, ia tidak perlu dianggap sebagai hak asasi manusia kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan fitrah tetapi mereka mempunyai pilihan. Jika dikaitkan dengan soal agama, ia jauh bertentangan dengan ajaran agama.

Selepas ini agaknya ramai yang akan ke Nepal untuk berkahwin. Huhuhu

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon