Layan filem KL Gangster



Sudah menonton filem KL Gangster?

Jika belum, sila ke pawagam berhampiran anda untuk support filem Malaysia.

Sop sendiri agak lama tidak menonton filem Malaysia di pawagam. Apabila cerita agak bosan, agak susah hendak melayan Azfar dan Azwar di panggung dan akan mengganggu penonton lain. Pagi tadi kami ke TGV Wangs Walk untuk menonton filem tersebut. Kami telah membuat pembelian online untuk tiket earlybird yang mana lebih jimat dan mudah. :)

Sinopsis cerita ini rasanya semua telah tahu kerana ramai blogger yang menulis tentangnya. Oleh itu, Sop akan menulis menengenai pandangan peribadi mengenai cerita ini.

Apa yang menarik perhatian Sop mengenai filem ini ialah aksi berlawan yang digunakan. Gaya yang digunakan dalam aksi berlawan agak menarik. Namun begitu terlalu banyak aksi bertumbuk sehingga seperti filem kung fu la pulak.

Jalan cerita seperti filem Melayu lain yang mudah untuk diteka apa yang akan berlaku seterusnya.

Walaupun filem ini kelihatan ganas tetapi terdapat banyak mesej yang hendak disampaikan. Remaja mungkin terpengaruh untuk menjadi gangster kerana pengaruh, kuasa dan kekayaan dari perniagaan tidak sah. Namun hasil dari sumber yang tidak sah tidak akan berkekalan.

Mungkinkah gangster benar-benar berlaku di Kuala Lumpur?

Memang ada wujud kongsi-kongsi gelap yang menjaga kawasan terutama untuk bisness haram, peras ugut dan sebagainya. Sebagai contoh, sebelum ini Sop ada mengupah pencuci kereta yang datang ke rumah-rumah. Hanya seketika beliau datang kemudian hilang. Apabila berjumpa dengan beliau dimaklumkan bahawa beliau telah diperas ugut. Untuk mencuci di kawasan tersebut, beliau perlu membayar kepada pemeras ugut tersebut.

Secara keseluruhan, filem KL Gangster adalah filem yang menghiburkan. Rata-rata remaja sukakan cerita aksi sebegini. Tidak hairan jika filem ini mampu memberi kutipan yang tinggi.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »