22 June 2011

Jom mewarna dengan cat air


Ini adalah kali pertama Azfar dan Azwar menggunakan cat air (water colour) untuk mewarna. Mencuba sesuatu yang baru pasti memberi keseronokkan kepada mereka. Sebelum ini, Sop hanya membelikan pensil warna sahaja untuk mewarna.

Petang tadi kami singgah di 99 Speedmart (bawah rumah) untuk mendapatkan cat air, berus dan kertas lukisan. Hanya bekas warna sahaja yang tidak terdapat di kedai tersebut untuk meletakkan cat. Sebagai alternatif, piring digunakan menggantikan bekas tersebut.

Selepas Magrib, Azfar dan Azwar tidak sabar-sabar lagi untuk mewarna. Dengan kemahiran melukis tahap amatur, Sop membuat lukisan yang mudah untuk Azfar dan Azwar mewarna. Dengan sedikit kemahiran, mereka mampu mewarna dengan mudah.

Azfar yang biasa dengan sifat cermat mendapat hasil yang lebih baik dengan Azwar yang sedikit agak gopoh. Hasil mewarna yamg diperolehi sangat mengejutkan. Tidak sangka buat kali pertama menggunakan cat air tersebut mendapat hasil yang memuaskan. Tidak rugi rasanya membeli peralatan tersebut.

Galeri gambar:

















Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon