Selamat kembali ke KL selepas kursus



Alhamdulillah setelah 4 hari berada di IAB, Sop hari ini telah selamat pulang ke rumah. Sepanjang berada berkursus, tiada sebarang masalah berlaku.

Apabila 4 hari berkursus, rasa untuk pulang ke rumah mesti kemuncak. Siapa tidak rindukan keluarga?

Setelah 4 hari badan telah menyesuaikan diri dengan keadaan di IAB Genting yang mana suasana yang sejuk dan segar. Apabila tiba di KL terasa pula perbezaan yang sangat panas.

Begitu juga dengan tangga untuk ke dewan kuliah yang mempunyai 200 anak tangga. Pada mulanya sangat sukar untuk tiba ke puncak tetapi apabila 3 hari, rasa penat mula berkurangan. Ia seperti satu senaman yang sangat baik. Pagi-pagi telah mula mendaki, tengah hari mula turun dan kemudian pada sebelah petang kembali mendaki.

Semoga ilmu yang diperolehi dari kursus tersebut memberi manfaat dan boleh digunakan sepenuhnya dalam tugasan dan kehidupan seharian.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »