Jom bowling di Ampang Superbowl

Jom layan bowling di Ampang Superbowl yang terletak di Ampang Point. Untuk bermain di sini, sila datang hari bekerja dan sebelum jam 5.00 petang kerana pakej menarik disediakan iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh hari ialah RM 7 untuk tiga game dan RM 9 untuk jam 1.00 ptg hingga 5.00 petang. Selepas itu, setiap game ialah RM 6. Kalau ikutkan ambil pakej sangat menguntungkan.

Namun begitu bagaimana? Siapa yang kerja shif malam atau kerja separuh hari boleh lah! Takkan nak kena ponteng kerja unruk main bowling! Bijak-bijak! Huhuhuhu

Pakej tengah malam disediakan juga iaitu selepas jam 11.00 malam sehinggah tutup. Ada berani? Huhuhu

Sekarang ni Sop agak kerap bermain bowling kerana esok diadakan pertandingan bowling antara sektor tempat kerja. Kena lah berlatih sedikit untuk memastikan tidak banyak sangat masuk longkang. Bukan untuk strike yer. Kalau main kat hanphone, memang selalu strike tetapi jika guba bola bowling sebenar, harus ke longkang sahaja. Hihuhu

Doakan semoga Sop banyak strike esok. :)





Previous
Next Post »