Di kampung hari ke dua - Terengganu

Salam 1 Malaysia semua
Selamat berhujung minggu dan bercuti sekolah bagi yang cuti.

Hari ini adalah hari kedua edisi Sop berada di kampung. Tiada banyak aktiviti yang dilakukan untuk dikongsikan. Pagi ini bermula dengan bersarapan nasi dagang bungkus daun kelapa yang dibeli di pasar Kampung Laut.

Pada jam 11.00 pagi kami bertolak ke Pasar Payang untuk meronda dan hanya beli baju kain pelikat untuk Azfar dan Azwar. Pengunjung Pasar Payang tidak lagi ramai seperti kebiasaan cuti sekolah tetapi kelihatan banyak juga bas rombongan di sekitar kawasan tersebut. Kereta kelihatan berpusu-pusu menghala ke Pasar Payang.

Selesai meronda di Pasar Payang Sop singgah di kedai mee goreng milik mak saudara Sop yang terletak di tepi Stesyen Bas Kuala Terengganu. Beliau hanya menjual makanan berasakan mee dan kuew tiow sahaja.

Kemudian selepas balik ke rumah, kami hanya berada di rumah sehingga petang menghayati kampung tercinta.

Sebelah malam, kami ke Pasaraya Maidin yang terletak di Bukit Besar untuk membeli barangan untuk ke Air Terjun Sekayu, Kuala Berang. Agak lama Sop tidak ke sana iaitu sejak bujang lagi. Selepas kahwin, tidak pernah lagi Sop ke sana. Aktiviti perkelahan esok akan disertai dengan ahli keluarga Sop yang lain. Ikuti aktiviti perkelahan di Air Terjun Sekayu dalam entry akan datang.

Galeri gambar:




















Previous
Next Post »