Waran tangkap Norman, Memey


KUALA LUMPUR – Pelakon Norman Hakim dan tunang, Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam untuk sebutan kes khalwat tanpa sebarang notis kepada mahkamah.

Arahan waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Syarie Salehan Yatim dan menetapkan untuk keputusan kes pada 29 Julai depan selepas kedua-dua belah pihak selesai mengemukakan hujah penggulungan masing-masing.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap dikeluarkan walaupun peguam syarie, Munirah A. Bakar lebih dahulu memaklumkan Norman sakit manakala Memey mempunyai urusan.

“Kami tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan oleh peguam sebentar tadi, oleh yang demikian, pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua tertuduh terbabit,” tegas beliau. - Kosmo!

Komen Sop: No komen. Huhuhuhu

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »