Servis kereta di Pusat Servis Toyota, Cheras



Hari ini kami terpaksa keluar awal walaupun hari minggu untuk ke Pusat Servis Kereta Toyota yang terletak di Cheras. Kami perlu datang awal kerana pusat servis sentiasa dipenuhi pelanggan.

Pagi ini cuaca hujan renyai-renyai dan suasana agak gelap dan mungkin hujan akan bertambah lebat nanti.

Ini adalah kali pertama kami servis kereta Toyota. Sebelum ini semua pakai kereta proton dan terasa perbezaan pusat servis proton dengan Toyota. Di ruang tempat menunggu disediakan tempat menunggu yang selesa yang mana disediakan jemudahan minum percuma, komputer dan internet dan tv untuk menonton. Kami tadi yang belum sempat bersarapan boleh juga minum-minum dulu sambil makan biskut. Semua adalah percuma!

Paling ketara juga ialah perkhidmatan dan layanan yang diberikan adalah memuaskan. Walaupun ramai pelanggan, pelanggan masih dilayan dengan cepat.

Adakah di tempat lain pun sama?

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »