17 April 2011

Live dari diari Akademi Fantasia 9









Kami sekarang bersiaran secara langsung dari diari Akademi Fantasia 9 yang dibawakan khas oleh Jaya Jusco Setiawangsa. Jom kita ikuti perkembangan terkini pelajar-pelajar selepas konsert semalam.

Wah, ala-ala Paknil tak? Perasan.. Huhuhuhu

Kami sekarang berada di Jaya Jusco Setiawangsa untuk ronda-ronda dan beli barang kelengkapan rumah. Beberapa kali ke sini, ini baru kali pertama dapat lihat mereka berada dalam kotak tesebut. Sebelum ini mungkin mereka berada di luar untuk aktiviti lain.

Tidak sangka ramai sungguh pengunjung sedang memerhati pelajar-pelajar di dalam kotak tersebut. Walaupun tidak dengar apa yang mereka sedang cakapkan tetapi boleh lihat dengan jelas aktiviti mereka. Sekali macam aquarium la pulak. Huhuhuhu

Bagaimana agaknya prestasi AF tahun ini? Masih ramai yang menonton?

Sop sendiri tidak berapa ikuti AF ini. Malam tadi tengok juga sikit-sikit sambil blogwalking sebab mrs Sop sedang layan. Suka tengok apabila Paknil bacakan komen persembahan pelajar dari Facebook.

Anda bagaimana pula? Layan juga?

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon