Blog politik lagi ramai pengunjung?

Sebelum ini Sop tidak pernah lagi singgah ke blog politik. Biasanya blogwalking hanya ke blog-blog rakan rakan dan juga blog ICT melalui hasil carian google. Baru ini terlihat seorang rakan yang sedang membuka blog politik. Apa yang mengejutkan, jumlah pengunjung yang direkodkan ketika itu sangat tinggi.

Sebelum ini Sop ingat blog artis atau blog berita yang lebih hebat jumlah pengunjung ternyata Sop silap.

Berdasarkan pengamatan, blog politik lebih panas terutama apabila melibatkan sesuatu isu. Malah ia mendapat banyak komen yang menyokong dan juga sebaliknya. Penulis blog tersebut bukan seorang ahli politik tetapi meminati politik. Bahasa dan huraian yang digunakan sangat dasyat.

Apa yang boleh diambil dari blog politik ialah penghuraian dan ayat-ayat yang digunakan perlu power. Ia mampu menarik pengunjung untuk terus mengikuti perkembangan-perkembangan tertentu.

Anda bagaimana pula? Minat dengan blog politik?

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »