Ronda-ronda di Taman Tema Genting

Rasanya agak lama juga kami tidak ke Genting Highlands untuk ronda-ronda. Sempena cuti sekolah ini, kami membawa anak-anak berjalan dan bermain di Taman Tema Genting Highlands. Seperti biasa apabila musim cuti sekolah, pasti ramai pengunjung yang datang.

Kami bertolak dari rumah jam 10.30 pagi dan singgah di kedai untuk tapau nasi lemak di Taman Melawati. Perjalanan agak perlahan untuk naik ke puncak kerana hari yang hujan.

Kami hanya mengambil pakej outdoor sahaja kerana semasa tiba dan selesai makan, jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang. Adalah merugikan jika hanya dapat bermain sekejab sahaja dengan masa yang terkejar-kejar. Kami mengambil tiket family pakej untuk harga tiket yang lebih rendah iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Jika anak lebih dari 2 agak susah juga mesti beli tiket tambahankan?

Hari ini cuaca agak kurang baik iaitu hujan hampir sepanjang hari. Kadang kala perlahan dan juga lebat. Banyak permainan outdoor yang terpaksa dihentikan semasa hujan lebat.

Tiket kami (dewasa) adalah rugi kerana kami langsung tidak main apa-apa. Hanya Azfar dan Azwar sahaja yang sibuk bermain. Semasa hendak balik tadi, Azfar dan Azwar masih enggan pulang kerana belum berpuas hati bermain. Mereka hendak pula bermain permainan indoor. Kami bertolak pulang pada jam 6.00 petang.

Galeri gambar:











Previous
Next Post »