Pameran modifikasi kereta di Tasik Titiwangsa

Petang tadi kami (Sop dan Azfar) bersama keluarga dari kampung ke Tasik Titiwangsa untuk ronda-ronda petang. Semasa sampai di Tasik Titiwangsa, jalan sangat sesak. Rupanya ada aktiviti yang dianjurkan iaitu tapak jualan dan beberapa persembahan. Patutlah agak sesak Tasik Titiwangsa hari ini tidak seperti biasa.

Biasa Sop singgah dalam jam 5.00 hingga 5.30 petang, keadaan masih tidak sesak dan parking masih mudah untuk didapati.

Semasa melalui tepi tapak jualan, kelihatan beberapa kereta modifikasi sedang dipamerkan. Ia mungkin antara aktiviti yang disertakan dalam acara tersebut. Selepas parking, kami terus ke sana untuk melihat dengan lebih dekat pameran tersebut. Ketika itu, aktiviti karaoke sedang hangat dijalankan di pentas tersebut.

Terdapat beberapa buah kereta yang telah dimodifikasi dipamerkan. Bukan Sop sahaja berminat dengan pameran kereta tersebut tetapi Azfar juga. Lebih menarik perhatian beliau ialah kereta yang dilengkapi dengan playstation. Terpegun lah beliau sebab dalam bonnet kereta ada playstation.

Hasil modifikasi kereta tersebut sangat dasyat. Entah berapa puluh ribu telah dihabiskan untuk menjadikan seperti tersebut. Bagi peminat modifikasi kereta, beribu ringgit bukan perkara utama tetapi kepuasan.
Published via my Galaxy Tab









Published via my Galaxy Tab
Previous
Next Post »