Jualan murah baju jenama Seed



Sale!!

Pasti semua suka apabila jualan murah kerana boleh membeli barangan dengan harga yang murah berbanding harga asal.

Hari ini kami ke Jusco Wangsa Maju untuk membeli kasut sekolah Azfar. Sepasang kasut Azfar tidak dapat dikesan dan mungkin tertinggal mana-mana. Jika sepasang agak bermasalah apabila basah atau kotor sebelum hari Jumaat.

Selepas solat Magrib di surau Jusco, Sop melalui kedai pakaian Seed tetiba terpandang jualan murah di kedai tersebut. Ketika tersebut ramai pelanggan sibuk memilih pakaian.

Apabila Sop hampiri, harga baju kemeja yang berlonggok tersebut hanya RM19.00 sahaja. Patut lah ramai sedang memilih saiz dan warna yanh sesuai. Semasa Sop membelek-belek, hanya saiz yang banyak ialah XL dan L. Bagi mereka yang bersaiz medium memang tidak berpeluang untuk dapat harga RM19.00 tersebut. Namun begitu, pelanggan boleh dapatkan baju yang potongan 70% yang lebih banyak pilihan.

Kebanyakkan baju kemeja adalah berlengan panjang dan design berbelang-belang.

Oleh kerana agak lama Sop tidak beli baju kerja, kesempatan ini tidak dilepaskan. Jika tiada potongan, ia adalah berharga RM109.00. Comfirm Sop tak akan beli.

Kepada rakan-rakan yang dah lama tak beli baju kerja (cam Sop), bolehlah beli dua atau tiga helai. Tempoh promosi Sop tak pasti sampai bila.

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments