Jogging? Jom ke Tasik Titiwangsa

Akhir-akhir ini, kami kerap ke Tasik Titiwangsa untuk jogging. Kali ini kami keluar lebih awal berbanding dulu untuk mengelak dari ketiadaan parking. Oleh itu, selepas solat Asar kami terus berangkat ke Tasik Titiwangsa.

Bagi yang selalu singgah ke Tasik Titiwangsa, pasti tahu bagaimana keadaannya pada hari minggu. Suasana yang cukup meriah dengan pengunjung. Pengunjung yang hadir bukan sahaja untuk beriadah tetapi ada juga sekadar melepak. Ada juga kelihatan pasangan-pasangan sedang hangat dilamun cinta sedang menghayati tasik dan mat-mat motor juga ramai berkumpur sekitar tasik.

Aktiviti jogging ini mungkin dijadikan rutin mingguan kami sekarang ini. Ia bukan sahaja untuk beriadah, bersenam tetapi juga untuk kembangkan potensi Azfar dan Azwar yang sedang aktif. Ini kerana usia Azfar dan Azwar sekarang masa untuk aktif. Dengan memberi kebebasan untuk berlari dan bermain, diharap perkembangan mereka akan lebih baik.

Kadang-kala larian Azfar dan Azwar tidak terkejar oleh kami. Tidak sangka mereka mampu berlari dengan laju sekali... huhuhuhu

Galeri gambar:
Previous
Next Post »