iPad 16GB 3G Sold

Setelah iklan Sop berjaya diluluskan semalam, beberapa SMS mula masuk ke handphone Sop untuk bertanyakan mengenai iPad tersebut. Padi tadi, seorang serius buyer telah call bertanyakan iPad tersebut. Bro Adi yang dari Segambut sangat berminat dan beberapa pertanyaan diajukan. Akhirnya beliau bertanyakan harga terbaik yang boleh Sop tawarkan. Dari RM1700 diturunkan kepada RM1600 dan beliau akhirnya bersetuju.

Malam tadi, Sop dan keluarga berjumpa dengan beliau yang telah membuat temujanji di kedai mamak di Danau Kota. Selepas beliau membelek dan berpuas hati, proses penjualan selesai.

Mengiklan di Mudah.my sangat berkesan. Pengalaman sebelum ini semasa membantu menjual motosikal rakan pun sama. Apabila tawaran harga yang diletak sangat baik, pasti ramai yang akan berminat. Tidak sangka tidak sampai 24 jam pengiklanan, iPad telah boleh dijual.

Selepas sahaja bro Adi membuat pengesahan untuk membelinya, Sop terus memadam iklan tersebut dari Mudah.my untuk mengelakkan lebih ramai yang bertanyakan iPad tersebut. Jika tidak, pasti bertalu-talu SMS masuk atau pembeli yang berminat. Jika dilihat harga yang Sop tawarkan adalah murah berbanding pengiklan lain. Ia dapat membantu untuk lebih ramai pembeli berminat.

Selain itu, penjualan iPad Sop sekarang adalah masa yang terbaik. Jika ditunggu sehingga iPad 2 dipasarkan di Malaysia, pasti harga akan jatuh lebih jauh. Walaupun sekarang agak banyak rugi tetapi lebih baik jual dari tidak guna. Betul tak?

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini sehingga ayat akhir.. :)
Previous
Next Post »