Filem I Am Number Four

Setelah agak lama tidak singgah ke panggung wayang, semalam kami menjejakkan kaki ke TGV Wangsa Walk untuk menonton cerita I Am Number Four yang sedang hangat ditayangkan.

Cerita yang mengisahkan warga asing yang lari ke bumi setelah diancam oleh puak yang ingin memusnahkan mereka. Seramai 9 orang warga terpilih telah menyor ok di bumi untuk menunggu sehingga mereka dewasa. Mereka ini memiliki kuasa yang hebat yang bakal mampu menewaskan puak yang merosakkan planet mereka.

Pemburuan bermula dari nombor 1 hingga 3 dan mereka semua telah terkorban. Namun yang nombor empat mula mendapat kuasa berjaya mengalahkan musuh yang memburunya. Ia hasil pertolongan yang nombor 6.

Banyak aksi-aksi yang menarik dalam cerita ini dan jalan cerita juga sengat best. Kepada yang belum menonton cerita ini, cepat-cepat ke pawagam untuk menonton. Anda pasti terhibur.

Jika ada yang tertanya-tanya kenapa dalam cerita itu tidak dipaparkan mereka yang nombor 5?
Nak tahu? Sebab nombor 5 sedang buat entry blog... huhuhuhu


Maklumat lanjut dan gambar mengenai filem ini, sila rujuk di sini.
Previous
Next Post »