Microsoft Surface pesaing iPad?

Kegilaan teknologi touch screen sekarang ini sangat menjadi-jadi. Pada peringkat permulaan yang mana teknologi ini begitu tidak mendapat sambut seperti tablet PC, touch screen smartphone (Dopod, iPac) dan lain-lain. Selepas pengeluaran iPhone oleh Apple, teknologi ini terus berkembang. Ia menjadi sangat menarik dan mesra pengguna. Kemudian, Google membangunkan Android yang berfungsi lebih baik untuk teknologi touch screen.

Microsoft kelihatan agak ketinggalan dalam teknologi ini sehingga perisian Wondows Mobile tidak lagi diperkatakan. Ia bagaikan terus tenggelam dimakan Android dan Apple.

Sekarang ini, Windows masih kekal menjadi penggunaan utama untuk komputer. Namun, jika tiada revolusi yang dilakukan Microsoft, mungkin ia akan tenggelam juga? Oleh sebab itu, Microsoft Surface telah dibangunkan dan ia berfungsi sama seperti iPad. Namun saiz agak besar dan tidak mobile seperti iPad.

Sop telah melihat beberapa video yang dipaparkan di Youtube dan kelihatan sangat menarik. Jom saksikan kehebatan Microsoft Surface di Youtube berikut:

Previous
Next Post »