13 January 2011

Kentang gulung atau kentang lilit?

Apa nama kentang ini?
Sop sebenarnya selalu lihat di pasar-pasar malam kentang ini tetapi tidak pernah lagi mencubanya sehingga semasa di UPSI semasa pendaftaran yang lepas, baru mencubanya. Itupun Sop beli untuk Azwar.

Setelah merasanya buat pertama kali, baru Sop tahu kepada orang ramai membelinya di pasar malam. Rasanya sungguh sedap kerana kentang tersebut bukan sahaja digoreng bersama tepung tetapi diletak perisa lain seperti myonis, serbuk keju dan beberapa pilihan lain mengikut cita rasa.

Semasa di UPSI, terdapat 2 pilihan saiz kentang tersebut. Satu bersaiz besar seperti Azwar sedang makan berikut dan lagi satu bersaiz lebih kecil.

Tidak sangka, Azwar pun suka kentang ini. Jika terserempak lagi dengan kentang ini, pasti Sop akan membelinya lagi.

Galei gambar:






EmoticonEmoticon