Hanya nyamuk betina yang menghisap darah manusia

Fakta yang paling menarik mengenai nyamuk ialah hanya nyamuk betina yang menghisap darah manusia dan juga haiwan. Begitu juga bunyi yang membingitkan telinga hanya dihasilkan oleh nyamuk betina!

Nyamuk dalam bahasa Inggeris – mosquito adalah berasal perkataan Spanish/Portuguese yang bermaksud “sikecil yang terbang”.

Nyamuk mempunyai 4 kitaran hidup bermula dari telur, larva, pupa dan imago. Nyamuk betina bertelur pada permukaan air yang bertakung. Tiga kitaran hidup pertama berasaskan air. Kitaran hidup keempat biasanya di atas permukaan air. Empat kitaran ini mengambil masa 2 minggu. Hayat seekor nyamuk hanyalah sekitar 8 minggu.

Kajian menunjukkan sehingga 3,500 spesis nyamuk telah dikenal pasti di seluruh dunia.

Secara biologi dan fizikalnya tubuh seekor nyamuk terdiri dari tiga bahagian iaitu kepala, abdomen dan toraks. Kelebihan nyamuk ialah sepasang matanya yang hampir mengisi kesemua ruang di kepalanya. Mata nyamuk ini pula mempunyai lensa khas yang boleh melihat dari pelbagai arah dan menyukarkan pemangsa lain termasuk manusia mendekatinya.

Nyamuk mempunyai sepasang sayap di toraks dan memiliki 6 kaki. Purata ukuran panjang nyamuk ialah 16 mm dan 2.5 mg. Nyamuk jantan biasanya lebih kecil dari nyamuk betina.

Sumber: UREKA
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Cik Miera
AUTHOR
25 January, 2011 15:11 delete

eh yeke...hmm baru la miera tau..thanks info ni ^_^

Reply
avatar