Adakah anda blogger mengejar pendapatan?

Mungkin tajuk entry agak panas apabila menyebut tentang mengejar pendapatan atau duit. Mungkin ada yang tidak bersetuju kerana ada yang blogging hanya untuk kepuasan diri. Tetapi tidak kurang juga yang ingin jadikan blogging sumber pendapatan.

Pada peringkat awal penyertaan Sop dalam dunia blogging kerana mencuba sesuatu yang baru. Apabila tiada arah, Sop berhenti begitu sahaja. Kemudian, Sop menjumpai beberapa blog yang menjadi peransang dan arah tuju berblog. Dalam tempoh tersebut, Sop pernah lalui keadaan dimana mengejar pendapatan pendapatan dari blogging. Ia terjadi apabila dipengaruhi dengan blogger-blogger yang berjaya memprolehi pendapatan lumayan. Namun selepas itu Sop sedar, pendapatan hanya sebagai motivasi bukan perkara utama. Jika kita menjadi blogger yang baik, pendapatan akan datang sendiri tanpa perlu mengejarnya.

Bagaimana ingin memastikan anda sedang mengejar pendapatan?

  • Sentiasa menyemak pendapatan - Anda akan selalu menyemak akaun pengiklanan atau emel mengenai pendapatan. Atau juga anda sentiasa mengharapkan pendapatan akan bertambah setiap hari.
  • Memasang iklan yang berlebihan - Untuk memastikan mendapat lebih banyak pendapatan, perlu mempunyai dari pelbagai sumber. Oleh itu, anda akan cuba memaksimumkan ruang blog dengan iklan.
  • Sentiasa mencari maklumat tentang pendapatan internet - Anda akan berusaha menambah pengetahuan mengenai teknik-teknik terbaru dan terbaik untuk menambah pendapatan. Sentiasa mencari peluang dan ruang yang boleh digunakan untuk tambah pendapatan. Anda sering membaca tips-tips untuk menjana pendapatan.
  • Klik iklan sendiri - Untuk memastikan mendapat pendapatan, iklan seperti Nuffnang atau Google Adsense perlu diklik untuk menerima kredit. Kadang kala atau selalu anda akan klik iklan tersebut. Malah anda meminta rakan-rakan untuk klik iklan anda
  • Membuat SPAM - Untuk memastikan mendapat traffic yang tinggi, anda sanggup membuat SPAM atau promosi yang keterlaluan. Anda tahu, dengan traffic yang tinggi anda mampu menjana lebih banyak pendapatan.
Walaupun  begitu, semua bergantung kepada niat. Tidak semestikan apa yang dilakukan di atas menunjukkan anda sedang mengejar pendapatan tetapi boleh dijadikan sebagai rujukan.

Mengejar pendapatan boleh menjadi positif iaitu dengan menjadikan ianya sebagai motivasi untuk terus berblog. Namun, pastikan ia dilakukan dengan cara yang betul. Usah terlalu fokus terhadap mengejar pendapatan kerana ia boleh menjerat diri sendiri.

Apa pendapat anda?
Previous
Next Post »