28 December 2010

Review HTC Aria: Pengalaman pertama

Pengalaman pertama menggunakan HTC Aria sangat bermakna. Ini adalah peluang Sop untuk mengetahui prestasi telefon ini. Setelah mencuba dan terus mencuba, ekspresi pertama Sop terhadap HTC Aria ialah prestasi yang sangat baik. Kelancaran dan kuasa telefon ini sangat mengagumkan.

Terasa sungguh kelancaran telefon ini dan tiada kesan-kesan tersekat. Setiap program dibuka dengan pantas. Permindahan dari satu muka ke muka program lain sangat menarik.

Untuk peringkat pertama menggunakan HTC Aria, Sop perlu menyesuaikan diri dengan sistem Android 2.1 dan program asas. Ini kerana sebelum ini, Sop hanya pernah menggunakan telefon bimbit OS Symbian dan juga Windows Mobile.

Walaupun pertama kali menggunakan HTC Aria ini, Sop tidak mengalami sebarang masalah untuk menggunakannya kerana ia sangat mesra pengguna. Setiap menu telah disediakan dengan tersusun dan mudah untuk digunakan.

Skrin sentuhan yang sensetif melancarkan pergerakan. Ia dapat memberi kesan kepada jari dengan baik.

Kali pertama menggunakan HTC Aria, telah terpikat sepenuhnya. Sop mula jatuh hati pada penggunaan pertama!

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon HTC Aria, sila lawat di sini.

Ikuti review HTC Aria lebih detail dalam entry-entry seterusnya.

Galeri gambar:







Pesanan penaja:
Ingin dapatkan telefon pintar HTC Aria? Tawaran menarik di sini.


EmoticonEmoticon