Review HTC Aria: Memeriksa HTC Aria

Entry sebelum ini >> Review HTC Aria: Ke Pejabat Nuffnang

Setelah selesai urusan di pejabat Nuffnang, Sop kembali ke pejabat. Kemudianya aktivit memeriksa HTC Aria yang diterima mula dilakukan iaitu untuk memastikan semua peralatan yang terdapat dalam kotak cukup. Antara barang yang terdapat kotak HTC Aria ialah telefon, charger, bateri, memori kad, ear phone dan buku manual.

Setelah peralatan yang diterima mencukupi, Sop menyemak pula keadaan telefon untuk memastikan semua berkeadaan baik. Apabila memegang amanah, perlu memastikan amanah tersebut diterima dalam keadaan baik dan dipulangkan juga dalam keadaan baik.

Setelah berpuas hati dengan keadaan telepon tersebut, proses memasang memori kad, sim kad dan bateri dimulakan. Telefon tersebut perlu di cas dahulu kerana bateri yang kehabisan.

Pertama kali menggunakan telefon HTC Aria, Sop perlu merujuk buku panduan yang dibekalkan untuk memasang SIM kad, memori kad dan bateri.

Semasa membuka penutup belakang telefon, Sop sangat teruja dengan warna badan di dalam yang menggunakan warna kuning. Sangat menarik!

Telefon dibiarkan sementara menanti mengencas bateri selesai.

Ikuti pengalaman pertama menggunakan HTC Aria dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:









Previous
Next Post »