Menonton wayang: Rapunzel 3D

Sudah menonton filem Rapunzel?
Filem animasi yang seronok untuk ditonton bersama keluarga tau rakan. Pada pendapat Sop, filem ini sangat menarik dan seronok untuk ditonton. Jalan cerita yang tidak membosankan dan penuh dengan aksi-aksi boleh membuatkan kita ketawa.

Azfar dan Azwar pun tidak berganjak dari kerusi kerana cerita yang menarik dan kagum dengan filem 3D. Filem yang dicadangkan untuk anda tonton!

Ia mengisahkan puteri (Rapunzel) yang mempunyai kuasa memuda seseorang melalui rambutnya. Ia berpunca semasa permaisuri mengandung puteri, beliau sakit tenat. Raja telah mengarahkan tentera mencari bunga sakti yang mampu mengubat penyakit tersebut. Bunga itu telah digunakan oleh seorang wanita untuk memastikan beliau sentiasa muda.

Apabila permaisuri meminum air bunga tersebut, kuasa bunga tersebut telah menyerap kepada puteri selepas lahir melalui rambutnya. Wanita yang mengetahui perkara tersebut telah menculik puteri dan menyoroknya. Usaha raja mencari puterinya tidak berjaya. Wanita tersebut menggunakan kuasa yang ada pada rambut puteri untuk memastikan beliau sentiasa muda. Raja dan permaisuri yang sedih kehilangan puteri beliau akan melayangkan tanglung setiap hari jadi puteri dengan harapan puteri akan melihat dan kembali.

Flynn Rider menjumpai Rapunzel secara tidak sengaja semasa melahiran diri dari pihak berkuasa. Semasa itu, Rapunzel menggunakan Flynn Rider untuk melihat lebih dekat tanglung yang beterbangan setiap kali hari jadi beliau. Dalam perjalanan itu, banyak perkara yang terjadi...

Baru intro, untuk cerita penuh sila singgah ke pawagam yang berhampiran.. huhuhuhu

Galeri gambar:


Previous
Next Post »