Lawat Macau: Rondaan terakhir dan kembali ke KL

Pada hari terakhir berada di Macau, kami sempat bersarapan di hotel penginapan kami. Namun begitu, kami hanya makan telur ayam rebus dan roti sahaja. Maklum sahaja yer!

Selepas bersarapan, kami bersiap untuk daftar keluar. Kami ke terminal feri mengunakan bas shuttle hotel dan dari terminal feri ke lapangan terbang menggunakan bas. Semasa di terminal feri, kami sempat singgah ke Macau Fisherman Wharf iaitu salah satu pusat sejarah di Macau.

Tiba di lapangan terbang, kami menyimpan dahulu beg kami di pusat simpanan barang kerana masih ada tempat untuk dilawati. Untuk menyimpan beg, HK$20 dikenakan untuk setiap beg. Maksimum simpanan ialah 24 jam.

Oleh kerana tiket pelepasan kami ke Kuala Lumpur jam 9.35 malam, kami masih mempunyai banyak masa. Seperti perancangan, destinasi seterusnya ialah The Venetian. Dengan menggunakan bas shuttle khas The Venetian yang sentiasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Perjalanan dari lapangan terbang ke The Venetian hanya 10 minit sahaja.

The Venetian merupakan hotel, pusat perjudian, pusat hiburan dan juga pusat membeli belah. Kami amat tertarik dengan design dan konsep yang digunakan The Venetian. Bangunan yang tersergam indah itu menjadi tarikan kepada pengunjung untuk melawat dan bergambar.

Ditengahnya terdapat sungai buatan khas untuk pelawat menaiki gondola sekitar hotel tersebut. Bagi keluarga pelawat yang membawa anak bawah umur, kawasan perjudian tidak dibenarkan melawat. Terdapat pegawal yang menjaga tangga dan kawasan masuk tersebut.

Bagi yang beragama Islam, adalah sukar untuk makan di sini kerana tiada kedai makanan halal. Kami pada petang tersebut hanya singgah ke Mc Donald untuk makan kentang sahaja untuk alas perut.

Selepas habis meronda sekitar The Vanetian, kami berjalan ke hotel berhadapan The Venetian iaitu City Of Dream dan Hard Rock Hotel. Di Hard Rock Hotel, kami hanya singgah ke kedai cederamatanya untuk mendapatkan t-shirt kenang-kenangan. Malangnya saiz Sop (M atau L) tiada stok untuk semua baju yang diminati.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Venetian, sila layari laman web rasmi mereka di http://www.venetianmacao.com/en/

Hampir petang, kami kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Macau untuk menunggu penerbangan kami. Di lapangan terbang, WiFi disediakan tetapi percuma untuk 30 minit pertama sahaja. Selepas itu, anda perlu membeli kad akses untuk terus melayari internet. Kami sempat download beberapa movie kartun dari youtube untuk tontonan Azfar danAzwar untuk mengelak kebosanan menunggu waktu pelepasan yang masih lama.

Semasa di atas penerbangan, kami dapat melepas geram untuk makan sekenyangnya. Tempahan awal makanan di dalam penerbangan telah dibuat iaitu set nasi goreng dan beriani. Tidak cukup dengan itu, 1 cup meggi ditambah lagi. Maklum sahaja sepenjang berada di Macau, makan sangat terhad!

Kami tiba di LCCT pada jam 1 pagi. Sebelum pulang, sekali lagi singgah ke Mc Donald untuk menjamu selera. Kali ini Azfar dan Azwar pula yang kelaparan. Menang seronok melawat tempat orang tetapi lebih selesa berada di negara sendiri! Kami tiba di rumah pada jam 3.00 pagi.

Syukur kepada Tuhan kerana perjalanan kami ke Hong Kong dan Macau selamat 6 hari selamat pergi dan selamat kembali!

Galeri gambar:


















Previous
Next Post »