Calon menantu untuk dibooking!

Tajuk tak menahan, siap tawaran untuk tempahan lagi! [sengih]

Amacam? Rajin tak anak bujang Sop sorang nih?
Azfar memang diluar jangkaan, Sop sendiri tidak tahu tiba-tiba lihat dia sedang melipat baju yang tersadai di sofa. Sambil menonton, beliau asyik melipat baju beliau sendiri. Mungin bakat kerajinan dimiliki oleh papa dia telah turun kepada Azfar. Seperti kata pepatah "kemana jatuhnya kuah kalau bukan ke nasi?" Ayat angkat bakul nampak!! huhuhu

Walaupun hasil tidak sebaik orang dewasa melipat baju tetapi ia tetap boleh dibanggakan!

Semoga kerajinan Azfar akan berkekalan sehingga besar nanti. Amin...

Galeri gambar:

Previous
Next Post »