Blog Review: Rising Sun Awaken Moon

人生は、疑惑に満ちている したがって、 将来的に現れるねじれ、 ニーズは、厳しいに対処する そして - 確かに、 〜〜〜移動 - !霊を移動〜

Paham? Sop pun tak paham.. huhuhu
Petikan di atas diambil dari header blog Rising Sun Awaken Moon.

Blog Rising Sun Awaken Moon yang menggunakan header Nippon ini dimiliki oleh saudara Yutaka Mushimura. Namun sama ada Yutaka ini orang Jepun atau Melayu tidak dapat dipastikan. Nama Jepun tetapi entry Bahasa Malaysia. Jika orang Jepun buat entry Bahasa Malaysia, mesti hebat bukan?

Blog Rising Sun Awaken Moon ialah blog peribadi yang menceritakan bukan sahaja tentang penulis tetapi perkara sekeliling juga yang dirasakan menarik untuk dikongsi.

Template berlatar belakang pantai dengan matahari terbit sangat menarik. Sejuk mata memandang permandangan tersebut. Penggunaan warna latar entry berwarna hitam dan teks berwarna putih menjadikan entry jelas dan mudah dibaca. Untuk menjadikan lebih menarik, mungkin boleh di transparent sedikit untuk memamparkan gambar pantai di belakang. Namun perlu berhati-hati kerana mungkin boleh menjadikan teks entry kurang jelas seperti berlaku pada sidebar. Pemilihan warna biru dan transparentness terlalu tinggi menjadikan sidebar kurang jelas.

Entry blog Rising Sun Awaken Moon adalah menarik. Beliau menggunakan bahasa sendiri dalam menulis dan juga menggunakan singkatan mudah seperti n3 (entry) aq (aku) dan lain-lain. Penggunaan singkatan ini mempunyai pro dan contra juga. Mungkin ada yang suka dan begitu juga sebaliknya. Jika dilihat dari segi positif, ia menjadikan entry lebih menarik dan mesra.

Pada pendapat Sop, blog Rising Sun Awaken Moon kurang promosi sahaja. Oleh sebab itu kelihatan follower masih kurang. Entry juga perlu dikemaskini selalu.

Semoga maju jaya kepada Yutaka Mushimura!
Previous
Next Post »