Blog Review: Perjalanan Kehidupan Insan

"Ceritera hidup umpama lukisan pada kanvas kehidupan"
"Walau bagamana corak dan warnanya"
"Punya kisah di sebalik lukisan" - Siti Shafiah aka CAPIY@H



Pernah singgah ke blog Perjalanan Kehidupan Insan?
Ini adalah kali pertama Sop singgah dan ingin mengucapkan selamat berkenalan kepada Siti Shafiah aka CAPIY@H iaitu pemilik blog Perjalanan Kehidupan Insan. Seperti biasa, apabila singgah, pasti Sop follow jika belum follow blog beliau.

Sop sangat tertarik dengan header blog Perjalanan Kehidupan Insan. Ia sangat unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Gambar pemilik yang merenung jauh ke permandangan sawah sangat menarik. Namun begitu, beberapa perkara masih boleh diperbaiki seperti tajuk blog dan tagline kurang menyerlah. Link blog boleh dimasukkan tujuan promosi.

Penulisan entry juga menarik dan penggunaan ayat-ayat mudah dan ringkas menjadikan pembaca selesa membaca.

Namun begitu, tajuk entry agak kecil berbanding teks entry. Ia bukan sahaja memudahkan pembaca melihat tajuk tetapi mempengaruhi SEO juga. Terdapat entry SEO mengatakan, saiz tulisan tajuk entry juga menjadikan lebih mesra SEO. Contoh saiz yang sesuai ialah teks H3.

Oleh kerana pemilik menggunakan saiz tempate yang sederhana lebar, didapati blog menjadi jauh ke bawah terutama di bahagian sidebar. Dicadangkan jika widget tidak memberi kebaikkan atau sumbangan, ia boleh dibuang. Ia bukan sahaja boleh mengimbang saiz tetapi meringankan blog juga. Atau boleh juga menggunakan show and hide script untuk sidebar boleh menjadikan template lebih kemas.

Pemilikan warna blog sangat sesuai.

Teruskan promosi blog dengan menjalankan aktiviti blogwaking untuk memperkenalkan blog, mendapatkan backlink dan update entry selalu.

Gred blog oleh http://blog.grader.com adalah seperti berikut:
Blog Grade for hypersuperb.blogspot.com
Jika dilihat dari report blog.grader.com, masih ada beberapa perkara perlu dibuat untuk menaikkan gred blog.


Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Perjalanan Kehidupan Insan dan kongsi pendapat anda?
Previous
Next Post »