Blog Review: kakyong[dot]com©

Salam 1 Malaysia semua..
Selamat bercuti kepada semua..

Blog review hari ini merupakan giliran blog kakyong[dot]com©. Pernah singgah ke blog kakyong[dot]com©?
Rasanya ramai yang telah mengenali kak yong kerana beliau antara yang aktif menjalankan aktiviti blogwalking dan memberi komen.

Tagline blog kakyong[dot]com©:
"Inilah kisahku dan kesayanganku. Sebuah nukilan, cetusan rasa, abadi bersama"

Tagline tersebut telah memberi gambaran keseluruhan blog itu sendiri. Oleh sebab itu, tagline juga penting untuk memberi indentiti dan gambaran awal mengenai blog. Contoh tagline lain, "anda pasti kering gusi" dapat memberi gambaran yang blog mengenai sesuatu yang lucu atau lawak. Apa tagline anda?

Blog kakyong[dot]com© sememangnya menarik dari segi penulisan dan perkongsian maklumat. Tidak hairan jika blog beliau mendapat sambutan yang hebat bagi ruang pengiklanan. Tahniah diucapkan kepada kak yong.

Selain itu, Kak Yong juga aktif dalam menyertai peraduan dan GA. Malah, beliau telah banyak memenangi peraduan-peraduan yang disertai. Memang seorang yang bertuah juga Kak Yong ini. Tidak seperti Sop, jika bab cabutan bertuah, agak jarang bertuah. Jika melibatkan pertandingan, selalu juga menang... huhuhu

Rumusan blog kakyong[dot]com© adalah seperti berikut:

  • Blog yang menarik dan boleh dicontohi. Bijak menguruskan masa antara blogging dengan keluarga. 
  • Aktif mempromosi blog melalui blogging dan meninggalkan komen
  • Domain yang baik, mudah diingati dan menarik
Antara ruangan yang menarik di blog adalah seperti berikut:

Selain blog peribadi, kakyong juga mempunyai blogshop yang menjual pelbagai jenis barangan. Seharusnya blogger mendapatkan peluang untuk tambah pendapatan melalui perniagaan online kerana ia mampu memberi hasil yang lumayan.

Apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai terjah blog kakyong[dot]com©. Pastkan anda follow blog kakyong[dot]com© jika belum berbuat demikian.

Support Geng Terjah yer... :)
Padin (penghulu) [Azman] [eiela] [penaberkala] [Comeybelako] [Neorul87] [cik tom] [hikayat marhaen kacak] [Cik Miera] [LiFeKaMi] [aretikz] [Mohd Shahrul Hafizi] [CekLa] [belalang] [iza82] [ellen] [Mata Hati] [Shaifulazizan] [lanabusybee]
Previous
Next Post »