Selamat tiba di KL dari PD

gambar hiasan
Syukur kepada Tuhan, perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lumpur berjalan lancar. Perjalanan dari Hotel Selesa Beach Resort bermula jam 1.30 petang selepas daftar keluar.

Cuaca dari Port Dickson hingga Tol Sungai Besi sangat baik walaupun hari semakin gelap hendak hujan. Berbeza perjalanan semasa ke Port Dickson pada Selasa lepas yang mana Sop terpaksa singgah bawah jambatan di Nilai untuk berteduh dari hujan. Maklumlah, perjalanan ke sana menggunakan 'kuda' dan perlu berhenti jika hujan terlalu lebat.

Namun begitu, semasa perjalanan untuk pulang ke rumah, "Sop sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan ditengah hari". Tiba di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hujan mula mencurah-curah. Oleh kerana malas hendak berhenti, Sop teruskan perjalanan pulang ke rumah. Habis basah kuyup satu badan. Namun kerana perjalanan untuk balik ke rumah, basah kuyup tidak lagi menjadi masalah.

Perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lumpur (rumah) memakan masa 1 jam 15 minit. Jika tidak hujan, mungkin hanya memakan masa hanya 1 jam.

Sop juga ingin ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog dalam 2 hari ini dan mohon maaf kerana tidak dapat membalas jejak kerana masalah internet di sana. Sekarang boleh balas jejak!
Previous
Next Post »