09 November 2010

Restoran Selera Ramai Ikan Singgang, Setapak Jaya

Apa itu ikan singgang?
Sejenis masakan yang juga dikenali dengan sup ikan yang popular dibelah Pantai Timur. Kawasan lain, Sop kurang pasti, mungkin rakan boleh respon?

Sebelum ini, Sop pernah makan masakan ikan singgang ini di restoran kawasan Jalan Chow Kit. Berada di Kuala Lumpur, agak jarang menikmati masakan singgang ini berbanding dengan di kampung. Bapa Sop sangat gemar dengan masakan singgang ini kerana ia kurang lemak berbanding masakan lain.

Di restoran Ikan Singgang ini, terdapat 3 jenis ikan untuk masakan singgang iaitu kembong, tongkol dan merah. Harga berbeza mengikut jenis ikan. Pada hari tersebut, kami hanya mengambil ikan kembong dan harga RM 6.90 seekor (siap masak).

Apa yang istimewa ikan singgang ini?
Ikan singgang ini akan dimasak apabila dipesan. Makan ketika panas-panas sangat menyelerakan. Anda boleh membuat pesanan budu dan ulam untuk menambah lagi keenakkannya. Masakan singgang ini juga baik kerana ia kurang mengandungi lemak.

Pada hari tersebut, kami memesan ikan kembong singgang dan udang petai sebagai menu makan tengah hari. Sop siap minta nasi tambah lagi kerana keenakkan ikan singgang tersebut.

Kepada yang ingin singgah, ia terletak di Setapak Jaya (Jalan Megan Setapak) berdepan dengan tasik Setapak Jaya. Ia dibuka setiap hari dari tengah hari hingga ke malam. Terdapat pelbagai masakan panas lain yang turut disediakan.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon