Contest Sayangi Mata Anda @ Hikayat Marhaen Kacak

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan. Apa cerita hari ini?
Dah tahu mengenai peraduan "Sayangi Mata Anda @ Hikayat Marhaen Kacak"?


Jika belum, ingin dimaklumkan bahawa blog Hikayat Marhaen Kacak sedang mengadakan peraduan yang diberi nama Sayangi Mata Anda. Hadiah menarik disediakan beliau bagi pemenang seperti berikut:
Tempat Pertama : Sunglass 'Polarized' Bernilai RM 399 + 3 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Kedua : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Ketiga : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88
* Pemenang Tempat Pertama Hingga Ketiga Juga Menerima Kad Previlage + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry
20 Penyertaan Berikutnya : 1 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88 + Kad 'Previlage' + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry
Hadiah tersebut telah ditaja istimewa oleh Vision Care Optometry. Menarik tak?
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila klik di sini.

Apa itu blog Hikayat Marhaen Kacak?
Blog peribadi seorang Optometrist yang berkelayakkan dan berkemahiran dalam bidang kesihatan mata dan penglihatan. Oleh itu, banyak maklumat tentang kesihatan mata dan penglihatan dikongsi beliau dari segi artikel untuk maklumat bersama. Malah, jika anda ingin maklumat lanjut mengenai kesihatan mata dan penglihatan, saudara Marhaen membuat ruangan istimewa khas untuk soal jawab mengenai perkara tersebut.

Antara entry paling digemari dalam blog Hikayat Marhaen Kacak ialah Permata Hijrah Dari Pandangan Seorang Optometrist.

Ruangan Soal Jawab Kesihatan Mata juga dibina oleh Marhaen bertujuan untuk membantu pelawat-pelawat mendapat jawapan segala kemuskilan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mata, jom singgah ke blog Hikayat Marhaen Kacak segera!

mata bermasalah memberi kesan kepada kehidupan seharian

pemeriksaan mata adalah penting

Siapa pemilik blog Hikayat Marhaen Kacak?
My Photo
Marhaen Kacak
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang Optometrist dan Blogger Sepenuh Masa. Sebarang Kemusykilan Mengenai Masalah Mata Dan Penglihatan Sila Tinggalkan Di Ruangan Soal Jawab Kesihatan Mata.


Kesihatan mata dan penglihatan penting?
Bagi yang tidak mengalami sebarang masalah mata, mungkin tidak sedar tentang kepentingan kesihatan mata ini. Kita mungkin leka dengan kesihatan sekarang dan tidak begitu mengambil kesihatan mata tersebut. Namun begitu, jika kita tidak menjaga kesihatan mata dan penghilatan sejak awal, mungkin akan beri masalah pada masa hadapan.

Oleh itu, jaga kesihatan mata anda bermula hari ini. 
Pesanan kemasyarakatan oleh Riwayat Hariku.
Previous
Next Post »