05 November 2010

Blog Review: VISIBLE VOICE



"VISIBLE VOICE is about words that cannot be heard but can be read. Combination of feeling, expression, experience, opinion, suggestion and issues."

Berdasarkan ayat di atas, rasanya ramai yang boleh meneka apa penulisan oleh blog VISIBLE VOICE.
Walaupun blog VISIBLE VOICE bertajuk Bahasa Inggeris tetapi kebannyakkan penulisan adalah Bahasa Malaysia.

Apa yang menarik di blog VISIBLE VOICE?
Sop paling suka dengan blog VISIBLE VOICE ialah cara penulisan beliau. Cara penceritaan yang pelbagai bentuk dan jenis. Setiap entry kebanyakkan menggunakan cara pengolahan ayat yang berbeza. Oleh itu, didapati setiap entry blog VISIBLE VOICE akan mendapat banyak komen dari rakan-rakan.


Antara penulisan-penulisan dalam blog VISIBLE VOICE adalah seperti berikut:

ACTIVITIES AND EVENTS (21), ANALOGI (7), ANNOUNCEMENT (12), ONTEST (14), FAMILY (7), INFO (26), KATA-KATA HIKMAH (1), MY STORY (53), NUKILAN DAN ILHAM (18), POLITIK (1), PUISI (1), QUOTATIONS (3), SONG (11), TAGGED (7), TEKA-TEKI (2), TRIP (9), WISHES (30)


Sehingga hari ini, Alexa Raking bagi blog VISIBLE VOICE adalah seperti berikut:


Dari segi susunan template, blog VISIBLE VOICE menggunakan tema yang ringkas. Ia membantu memudahkan pelawat untuk membaca entry dan ringan untuk load. Namun begitu, susunan template masih boleh diperbaiki dan diperkemaskan. Contohnya laman utama blog memamparkan banyak senarai entry sehingga paparan blog jauh ke bawah. Sekiranya ingin memamparkan lebih banyak entry di laman utama, dicadangkan memasang 'read more hack'.

Cadangan lain yang boleh dipertimbangkan ialah membina header yang unik sebagai trademark kepada blog.

Penulis blog yang berasal dari Kelantan ini menggunakan nama samaran "Penaberkala" sebagai nama alam blog. Namun begitu, jika ingin mengetahui nama sebenar beliau bolehlah melayari laman Facebooknya. Beliau amat menitikberatkan persabahatan dalam dunia blog.

Jika anda ingin mengenali beliau atau laman blog VISIBLE VOICE, jom pakat serbu segera!


EmoticonEmoticon