Blog Review: TheTimelines

Riwayat Hariku
www.gnesop.com
Kuala Lumpur
Malaysia
--------------------------------------------------------------
23 November 2010

TheTimelines,
No. 222 Tekan Lif Tingkat 15,
Keluar Lif Jalan Terus,
Rumah First Sebelah Kanan,
Bagi Salam atau Ketuk Pintu,


Tuan,

Per: PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM BLOG REVIEW - 1 HARI 1 BLOG di RIWAYAT HARIKU.

Surat permohonan tuan rujukan http://timelineskasih.blogspot.com/2010/11/permohonan-menyertai-program-blog.html dengan segala hormatnya dirujuk.

2.  Sehubungan dengan itu, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk sertai program Blog Review diterima.

3.  Oleh kerana tuan tidak menyatakan detail mengenai review yang perlu dibuat, pihak kami akan membuat review berdasarkan perkara yang sesuai dengan blog tuan. Sila rujuk lampiran A untuk melihat review mengenai blog tuan.

4.  Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila emelkan kepada sop@gnesop.com.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Sop
(GNESOP)
Owner gnesop.com

s.k  Pejabat Geng Terjah
      Ahli Geng Terjah
      Pelawat blog RH

                                                                              LAMPIRAN A

Laporan Rasmi Blog TheTimelines



Selepas terjahan dibuat, didapati blog TheTimelines memiliki kesemua syarat sebuah blogger. Ia mempunyai potensi untuk menjadi blog yang berinformasi dan sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Namun begitu, beberapa penambahbaikkan boleh dibuat untuk memastikan blog tersebut memenuhi piawaian SIRIM dan layak menerima sijil MS iSO.

  1. Template - Didapati ramai yg menggunakan template ini terutama blogger dari Malaysia (sebelum ini ustazlove). Mungkin boleh dibuat sedikit perubahan template tersebut dengan memasukkan header atau logo. Tarikh posting belum disetting sehingga keluar mesej "undefine". Sidebar 1 dan 2 tidak seimbang yang mana ada terlebih panjang. Widget yang tidak memberi fungsi sepenuhnya dikurangkan. Pastikan blog ringan, ringkas dan padat.
  2. SEO - Beberapa 'setting' boleh dibuat untuk menjadikan blog lebih mesra SEO seperti 'title swap', 'ping blog', 'share button' dan sebagainya.
  3. Aktif menulis - Memastikan penulisan dikemaskini secara berkala dan lebih kerap, lebih baik.
  4. Promosi - Lakukan promosi blog kepada rakan-rakan untuk memperkenalkan kepada umum. Sertai komuniti-komuniti blogger dan dapatkan traffic dari komen, sertai forum, blogwalking, dan lain-lain.
Rumusan laporan ini, blog TheTimelines mempunyai keupayaan untuk berjaya. Sentiasa belajar dan belajar mempertingkatkan blog.

Disediakan oleh;
gnesop

Disemak oleh:
Geng Terjah

Nota kaki: Review ini terpengaruh dengan entry penyertaan oleh pemilik blog TheTimelines. [garu kepala]
Previous
Next Post »