Blog Review: Cik Dara


Blog Cik Dara dengan tagline 'the cutest blog ontheblock' dimiliki oleh seroang gadis berasal dari Sarawak. Blog yang berwarna warni ini bukan sahaja menarik kerana design blog tetapi juga entry yang beliau sampaikan kepada pembaca. Sesuai dengan ciri-ciri empunya blog ini yang ceria dan mesra.


Design 
- Menarik dan sesuai dengan peribadi pemilik. Masib boleh diperkemaskan seperti tukar link banner ke domain blog. Apabila menggunakan kod mybannermaker.com, di dalamnya dimasukkan sekali backlink laman webnya. Oleh itu, apabila pelawat klik banner( header) tersebut, ia akan membawa pelawat keluar dari blog. Biasanya header akan membawa pelawat ke laman utama blog. Cara atasinya, edit kembali HTML kod banner(header) tersebut. Tukar kepada domain blog sendiri.
- Penyusunan widget masih boleh diperbaiki dengan menyusun widget utama di atas dan banner boleh diteka bersama-sama. Widget yang berat boleh dimasukkan ke widget footer untuk mempercepatkan loading.
- Widget lain yang boleh membantu mempromosi entry lain juga dicadangkan untuk digunakan.

SEO
Sop dapati Cik Dara telah membuat keseluruhan setting untuk mempertingkatkan SEO. Tahniah diucapkan. Nama yang unik juga memberikan kelebihan 'keyword cik dara berada di page utama carian google. Namun begitu, Sop dapati Cik Dara belum memasukkan blog description.
Ranking Alexa menunjukkan blog Cik dara berada di tangga 500k dunia dan 4843 di Malaysia. Angka ini akan terus berkurangan jika Cik Dara kekalkan atau tambah traffic.


Entry
Bahasa yang digunakan dalam entry blog Cik Dara sangat sempoi. Beliau menggunakan ayat-ayat yang mudah dan mesra pembaca. Setiap entry dimasukkan intro sebelum memasukkan cerita sebenar.

Pemilik Blog Cik Dara?
Cik Dara


Ingin maklumat lanjut mengenai blog Cik Dara? Jom lawat beliau di http://daramanisku88.blogspot.com/
Previous
Next Post »