Analisis prestasi blog anda

Adalah penting membuat analisis blog untuk mengkaji prestasinya. Hasil analisis tersebut kita gunakan untuk penambahbaikkan blog.

Blog yang mantap bukan sahaja kerana entry yang baik tetapi secara keseluruhan seperti kelajuan, kekemasan, user friendly, mudah akses, ranking dan sebagainya.


Terdapat banyak web yang menyediakan perkhidmatan analisis prestasi blog ini secara percuma. Dalam banyak-banyak tersebut, Sop lebih suka menggunakan perkhidmatan oleh web GTmetrix kerana analisisnya agak detail dan memberi gred sama ada A, B, C, D, E dan F. Bersama gred tersebut, disertakan peratus prestasi blog anda. Selain itu, cadangan juga diberikan untuk penambahbaikkan blog anda.


Untuk menggunakannya juga mudah iaitu hanya memasukkan link blog tanpa perlu daftar. Selain itu, anda boleh membuat perbandingan dengan blog lain. Keputusan analisis akan dipaparkan bersebelahan untuk perbandingan.

GTmatrix juga menyediakan plug in menguji kelajuan bagi pelayar Mozilla Firefox.

Untuk mencuba, sila  layari laman web GTmetrix.
Previous
Next Post »