Restoran Wahab's - The best cendol in town

Ingin menikmati rasa cendol yang terbaik?
Restoran Wahab's yang terletak di Setapak boleh membantu anda.

Perniagaan cendol yang telah diusahakan oleh Pak Wahab telah bermula sejak tahun 1986 lagi. Perniagaan cendol ini hanya bermula dengan menjual di warung Setapak Jaya. Namun begitu, kini beliau boleh berbangga kerana perniagaan beliau dari warung kecil di tepi jalan telah berkembang sebagai sebuah restoran.

Sop dan keluarga selalu juga singgah di Restoran Wahab's untuk menikmati cendol beliau. Jika ingat cendol, pasti Restoran Wahab's menjadi tumpuan.

Restoran Wahab's juga menyediakan pelbagai menu lain untuk pengunjung. Antara menu yang biasa pesan ialah rojak (pelbagai jenis rojak), ABC, nasi goreng, roti bakar, cucur udang, telur separuh masak dan lain-lain lagi.

Konsep Restoran Wahab's juga menarik iaitu seakan-akan kopitiam.

Pada hari minggu, ramai pengunjung akan menikmati menu di Restoran Wahab's.

Restoran Wahab's juga menyediakan perkhidmatan pakej cendol untuk majlis-majlis jamuan. Pernah dulu, majlis jamuan Aidilfitri menggunakan perkhidmatan beliau. Menu yang ditempah ialah cendol dan rojak. Beliau akan membawa semua alatan ke majlis tersebut dan membuka sebuah gerai ruangan cendol.

Ini adalah kunjungan kami terbaru ke Restoran Wahab's untuk menikmati cendol. Oleh kerana kunjungan petang, menu yang dipesan adalah ringan-ringan sahaja iaitu cendol, air panas, cucur udang dan telur separuh masak.

Galeri gambar:












Previous
Next Post »