Pertadingan blowling tertutup di Endah Prade

Pada Khamis lepas, berlangsung pertandingan tertutup bowling antara kami. Sebanyak 20 pasukan yang terdiri dari 4 orang setiap kumpulan bertanding.

Pertandingan bermula jam 2.00 petang dengan pendaftaran dan permainan bermula pada jam 2.45 petang. Pertandingan dijalankan dengan jumlah jatuhan pin kumpulan untuk 3 frame.

Pada frame yang pertama, Sop agak cemerlang kerana mampu mendapat 5 kali strike. Namun begitu, pada frame kedua merosot teruk prestasi kerana setiap balingan langsung tidak menjadi sehingga mendapat markah 100 sahaja. Frame ketiga kembali bangkit untuk memastikan markah tidak berada di bawah 100.

Setelah hampir beberapa lama tidak bermain, 3 frame yang dipertandingan cukup memberi kepuasan bermain. Dalam permainan, keseronokkan adalah perkara utama. Kemenangan hanya sebagai bonus!

Kumpulan kami hanya mendapat tempat yang ke 6 sahaja dan menerima hadiah saguhati.

Pada keesokkan, jari terasa lenguh-lenguh akibat bermain bowling tersebut.. [huhuhuuh]

Kepada yang ingin bermain bowling di Endah Prade, Seri Petaling, ia terletak di tingkat 4 shopping mall tersebut. Terdapat promosi-promosi menarik yang ditawarkan seperti RM10 untuk 3 game bagi selepas jam 10.00 malam. Kemudahan lain yang disediakan ialah ruang makan/cafe, tandas, bilik merokok dan lain-lain.

Galeri gambar:






Previous
Next Post »