Cuci-cuci mata di IKEA, Mutiara Damansara

Hari ini, Sop cuti untuk menjaga anak kerana mertua perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Kesempatan ini digunakan untuk meronda-ronda ke IKEA, Mutiara Damansara. Jika hari bekerja, pengunjung IKEA tidak terlalu padat berbanding hari minggu.

Walaupun tiada apa yang hendak dibeli setakat ini tetapi meronda-ronda ke IKEA dapat juga melihat-lihat pameran dan design terkini. Adalah menyeronokkan apabila melihat pameran-pameran IKEA tersebut kerana susunan perabot-perabotnya sangat menarik. Ia boleh memberi idea kepada pelawat untuk menjadikan susunan rumah menjadi lebih menarik.

Sepanjang rondaan, banyak perabot dan peralatan yang menarik perhatian. Mungkin akan digunakan semasa berpindah rumah baru nanti. Selama ini, banyak juga barangan yang telah kami beli dari IKEA kerana design yang menarik, moden dan pelbagai guna.

Kami juga suka melawat IKEA kerana kemudahan tempat permainan kepada kanak-kanak. Sepanjang meronda di IKEA, Azfar dan Azwar ditinggalkan di pusat permainan tersebut.

Selain itu, IKEA juga menyediakan perlbagai kemudahan lain yang mesra pengunjung seperti cafeteria, surau, tandas yang bersih, ruang parking dan sebagainya.

Galeri gambar:












Previous
Next Post »