Blog tutorial - paparan jumlah komen lebih banyak

Ingin kejutkan pelawat blog anda dengan jumlah komen yang melampau-lampau?
Mungkin tutorial boleh memberi sesuatu yang menyeronokkan apabila melihat komen anda 781 komen tetapi hakikatnya hanya 1 komen. Blog anda akan kelihatan hebat kerana menerima ratusan atau ribuan komen!

Tutorial ini hanya boleh dibuat untuk sistem komen 'default' blogspot sahaja.

Ikuti tutorial ringkas berikut untuk mencuba:

  • Log masuk ke akaun blogspot -> Design -> edit HTML
  • Cari tag "</b:skin>"
  • Masukkan kod di bawah sebelum tag "</b:skin>"
           a.comment-link:before{content:"76";}

  •  Simpan dan lihat blog anda.
Sekiranya 'entry' anda masih 0 komen, maka ia akan memamparkan 760 komen. Anda bebas menukar "76" mengikut kehendak anda.

Semoga berjaya :)
Previous
Next Post »