22 October 2010

Blackberry Torch 9800 Pujaan Hatiku


Blackberry Torch 9800, sekali pandang pasti terpikat! Itu yang terjadi kepada Sop apabila pertama kali memandangnya. Sungguh terpikat sehingga sering terbayang dan membawa ke mimpi.

Apa yang istimewanya Blackberry Torch 9800?
Izinkan Sop menerangkan keistimewaan Blackberry Torch 9800 satu persatu. Selepas ini, anda pula menilainya dan beri padangan anda adakah ia istimewa atau sebaliknya.

Kelebihan yang dimiliki oleh Blackberry Torch 9800 adalah seperti berikut:

  1. Kekal berhubung - dengan Blackberry Torch 9800 anda pasti sentiasa berhubung dimana sahaja dan bila-bila masa melalui panggilan, SMS, emel, rangkaian sosial, berchating dan sebagainya.
  2. Canggih - Blackberry Torch 9800 mempunyai segala ciri instimewa telefon pintar. Ia sepenuhnya skrin sentuhan bersaiz 3.2 inci dan juga memiliki papan kekunci. Anda bebas untuk milih untuk menggunakan skrin sentuh atau papan kekunci serta menggunakan kedua-duanya dalam masa yang sama.
  3. Simpanan data - memerlukan ruang penyimpanan yang besar? Sekiranya saiz memori 8gb tidak mencukupi, memori Blackberry Torch 9800 mampu ditambah sehingga 32gb. Dengan memori kad microSD, anda mampu memilih mengikut keperluan anda.
  4. Kamera - 5MP beserta 'flash',memiliki ciri fokus automatik dengan pengimbang imej dan 11 mode imej menjadikan gambar yang dirakam benar-benar istimewa. Ia juga mampu merakam sebagai video! Dengan ini, bila-bila masa dan dimana juga anda dapat merakam detik yang bermakna.
  5. Integrasi dengan laman sosial - kekal berhubung, kemaskini, berinformasi dan sebagainya dengan Blackberry Torch 9800. Ia telah terbina untuk memudahkan anda untuk terus bersosial dengan laman sosial seperti facebook, twitter, berita, linkeld dan sebagainya.
  6. Internet - layari internet dengan pantas dan menyeluruh dengan Blackberry Torch 9800. Ciri istimewa pelayar web mampu membuka seberapa banyak web, menyimpan dan boleh membuat perubahan mengikut keperluan. [maklumat lanjut di sini]
Menarik bukan?
Tetapi bukan itu sahaja! Dengan tawaran hebat Celcom, anda mendapat lebih lagi beserta Blackberry Torch 9800. Pelan "Celcom Exec Postpaid" menawarkan 100 pelanggan pertama membuat pra pendaftaran dan membeli Blackberry Torch 9800 akan menerima pakej percuma berikut:

  • Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125
  • 8GB Micro SD Card bernilai RM68
  • Energizer Portable bernilai RM58
Bila pelancaran Blackberry Torch 9800 ini?
28 Oktober 2010 adalah tarikh pelancaran Blackberry Torch 9800 ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan semasa majlis pelancaran tersebut.

Tidak ingin ketinggalan dan ingin menjadi 100 pelanggan pertama?
Sila buat pra pendaftar segera di sini.


Kenapa anda perlu memilih Celcom berbanding yang lain?
  • Seperti yang semua tahu, Celcom adalah talian yang terpantas, terluas dan terjelas.
  • Celcom adalah pembekal utama telefon pintar Blackberry dan pelan Blackberry. Maklumat lanjut di sini.

Tidak berkemampuan?
Siapa kata anda tidak mampu? Dengan pelan Celcom Exec 50 semua boleh! Terus berhubungan dengan bayaran serendah RM 50 sahaja sebulan. Pelan ini melayakkan anda secara automatik menerima potongan sebanyak 30% sebulan. Lebih banyak anda guna, lebih banyak diskaun akan dinikmati! Antara kelebihan lain adalah seperti berikut:
  • 15 sen untuk panggilan ke semua talian
  • Potongan secara automatik setiap bulan
  • Bercakap banyak, lebih jimat! Lebih penggunaan, lebih potongan dinikmati sehingga 30 % sebulan
  • Hanya RM 50 sebulan, pasti semua mampu
  • Percuma Pelan Asas Celcom Broadband kelajuan 384 kbps selama sebulan
  • Menjadi warga pengguna yang terbaik!
Berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan?
Apa pula pandangan anda?


EmoticonEmoticon