17 September 2010

Restoran Pawonku sajikan makanan Indonesia - Setapak Jaya

Restoran Pawonku yang terlepak di Setapak Jaya baru sahaja dibuka. Ini adalah pertama kali kami singgah setelah beberapa kali melaluinya. Restoran yang berkongsepkan restoran Indonesia ini sangat unik dan menarik.


Di dalam restoran, pelanggan akan duduk bersila. Hiasan kedai juga berdasarkan budaya Jawa. Ia kelihatan begitu unik sekali.

Makanan yang disediakan pula ialah makanan Indonesia, masakan panas dan juga makanan barat. Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan.

Pada malam ini, kami hanya mencuba nasi ayam penyek dan beef snack (makanan barat). Rasa nasi penyek adalah sedap dan sup sayur disediakan. Berbeza nasi ayam penyek di restoran lain yang tidak menyediakan sup jika tidak dibuat pesanan. Kami juga tidak menjamu selera dalam restoran kerana ingin mengambil angin malam.

Mungkin lain kali boleh mencuba makanan lain pula. Sekiranya ingin cuba, sila ke Setapak Jaya iaitu berdepan dengan Taman Sri Rampai. Ia berhampiran dengan restoran Kasih Bonda.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon