Pembaris berbentuk - membantu anak belajar menulis

Memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan dunia penulisan boleh dilakukan oleh ibubapa dengan menggunakan pembaris berbentuk. Ia lebih mudah digunakan oleh anak-anak iaitu hanya mengikut bentuk yang terdapat pada pembari tersebut.

Sebelum ini, Sop selalu membeli buku mewarna untuk Azfar dan Azwar tetapi apabila lama, mereka akan bosan.  Oleh itu, boleh mencuba sesuatu yang baru pula dengan pembaris ini.

Peringkat awal, biarkan anak-anak mengikut bentuk yang terdapat pada pembaris supaya selesa dan tahu menggunakan fungsi pembaris tersebut. Setelah anak-anak telah mahir, baru boleh diserapkan dengan perkara yang lebih kreatif. Contoh bagi pembari berhuruf, boleh cuba menulis nama sendiri. Mungkin anak-anak tidak kenal tetapi beliau boleh menirunya. Buat satu contoh, dan biarkan dia menirunya .

Begitu juga dengan pembari yang berbentuk seperti bukat, petak, segi tiga dan lain-lain. Kita boleh ajar anak-anak menggunakan bentuk tersebut menjadi sesuatu objek. Anda pasti terkejut dengan hasil anak anda nanti. :)

Selamat mencuba!

Galeri gambar:
Previous
Next Post »