Minyak Herba Serbaguna Morhabshi

Apa itu Morhabshi?
Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Ramuan Minyak Morhabshi
Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.
TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.

Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?
Beliau adalah Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan alternatif dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru kami tidak akan mengulasnya.

Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila klik pada banner di bawah:


------------------------------------------------------------------

Minyak Herba Serbaguna Morhabshi merupakan pembeli ruang iklan di blog Riwayat Hariku (RH). Tempahan ruang iklan oleh Minyak Herba Serbaguna Morhabshi adalah seperti maklumat berikut:

Jenis iklan : 165 x 70
Tempoh : 1 bulan
Tarikh : 29 September 2010 hingga 28 Oktober 2010

Terima kasih kepada Minyak Herba Serbaguna Morhabshi kerana berminat menyewa ruang iklan di blog RH.
Untuk menyewa ruang iklan di blog RH, sila rujuk di sini
Previous
Next Post »