Keputusan Cabutan Bertuah Untuk Aidilfitri

Latar belakang cabutan:
Blog Riwayat Hariku (RH) baru sahaja selesai mengadakan program "pelawat bertuah ke 100,800 dan 1000" dan Sop ingin mengucapkan tahniah kepada penerima saguhati tersebut. Semua pelawat bertuah tersebut adalah perempuan. Mungkin apabila saguhati sesuai untuk perempuan disediakan, mereka yang bertuah juga perempuan [betul ker?].
Oleh itu, kali ini Sop ingin mencuba pula hadiah yang sesuai untuk lelaki iaitu butang baju melayu [rujuk galeri gambar]. Butang baju melayu ini adalah stok untuk baju raya Sop tahun ini tetapi untuk menguji teori tersebut, butang tersebut akan Sop hadiahkan kepada yang bertuah [usah risau, Sop masih ada butang lain lagi yer..huhuhu].
 Pemilihan cabutan bertuah ini menggunakan perkhidmatan random.org. Apa itu random.org?
RANDOM.ORG offers true random numbers to anyone on the Internet. The randomness comes from atmospheric noise, which for many purposes is better than the pseudo-random number algorithms typically used in computer programs. People use RANDOM.ORG for holding drawings, lotteries and sweepstakes, to drive games and gambling sites, for scientific applications and for art and music. The service has existed since 1998 and was built and is being operated by Mads Haahr of the School of Computer Science and Statistics at Trinity College, Dublin in Ireland.

Setelah menekan butang pertama ditekan, nombor yang bertuah tersebut ialah:


Setelah disemak senarai peserta dari Update Cabutan Bertuah Untuk Aidilfitri (sususan berdasar penyertaan yang dihantar), pemenenang ialah:


Tahniah kepada Taufid yang sangat bertuah.

Rumusan kepada cabutan ini ialah siapa yang bertuah adalah berdasarkan nasib. Namun begitu, peserta perempuan lebih ramai berminat untuk menyertai cabutan bertuah. Oleh itu, untuk membuat peraduan atau cabutan bertuah, sila cari hadiah yang disukai perempuan. Pasti ramai yang akan berminat untuk mencuba :)

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang telah sudi sertai cabutan bertuah ini.  Ikuti cabutan bertuah yang akan diadakan pada masa akan datang.
Previous
Next Post »