04 September 2010

Iklan raya TV3 tahun ini sesuai?


Pandangan Sop mengenai iklan raya oleh TV3 tahun ini adalah seperti berikut:
  • Mewujudkan kekeliruan sambutan raya atau perayaan lain?
  • Boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak
  • Tidak bercirikan hari raya Aidilfitri
  • Tidak memberi semangat menyambut Raya
  • Sambutan raya melibatkan agama, kenapa perlu digabungkan dengan agama lain?
  • Tiada idea lain sehingga menggunakan agama lain dalam iklan Raya?
  • Adakah kita berkongsi perayaan dalam masa sama?
  • dan banyak persoalan lain mengenai iklan ini..


sumber youtube

Jika dilihat komen dari video yang dimuat naik ke Facebook TV3, lebih banyak komen negatif yang diterima.

Secara rumusanya, Sop berpendapat ia tidak sesuai langsung untuk ditayangkan semperna Hari Raya. Ia bukan sahaja tidak memberi kesan suasana hari Raya malah memberi kecelaruan kepada pemikiran!

Adakah kita perlu berfikiran terbuka terhadap perkara yang boleh mengelirukan pemikiran dan akidah? Apa pandangan anda tentang perkara ini?


Kemaskini: Sumber Berita Harian

TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.
Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.
Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.


EmoticonEmoticon