DiGi iPhone 4 Me




Why you want an iPhone 4 from DiGi?
Soalan yang biasa tetapi sangat bermakna untuk dijawab.

iPhone telah lama menjadi idaman untuk dimiliki sejak dari keluaran pertama lagi sehinggalah keluaran terbaru iPhone 4. Telah lama menjenguk pakej DiGi tetapi masih belum berkemampuan sepenuhnya untuk memilikinya. Sekiranya sumber kewangan lebih stabil dari awal lagi telah memiliki iPhone melalui pakej iPhone DiGi.

Sekiranya DiGi menawarkan iPhone 4, kenapa anda inginkannya?
Ia merupakan peluang yang terbaik untuk saya mencapai impian memiliki iPhone. Ia bagaikan impian menjadi kenyataan. Alangkah indah hidup ini sekiranya saya mendapat iPhone 4 tersebut.

Apa istimewa iPhone 4 tersebut?
Kelebihan dan kecanggihan telefon pintar ini bukan kegilaan saya seorang. Ramai yang telah menggunakan iPhone pun masih tergila-gilakan gajet ini. Ini kerana ia bukan sekadar telefon bimbit. Kecanggihan aplikasi yang mampu digunakan melalui telefon iPhone menjadikan ia pelbagai guna.

iPhone sesuai digunakan oleh semua golongan sama ada profesional, elit, orang biasa, pelajar, warga emas malah OKU mampu menggunakan dengan baik. Ini menunjukkan iPhone sangat mesra penguna.

Laman iPhone Apple menerangkan segala ciri-ciri istimewa yang boleh didapati dari iPhone tersebut.

Kenapa saya sangat inginkan iPhone 4 tersebut?
Seribu kemungkinan! Tapi apa yang pasti, saya akan menggunakan kemudahan yang ada sepenuhnya seperti internet sentiasa berada di tangan dengan menggunakan Data Plan Digi. Apabila mempunyai internet, saya akan sentiasa kekal dikemaskini melalui update berita, emel, berhubung laman sosial, menulis blog dan sebagainya.
Aplikasi-aplikasi lain yang boleh membantu dalam kehidupan seharian akan dipasang untuk digunakan. Terdapat beribu aplikasi yang dibekalkan untuk telefon pintar iPhone ini.
Selain itu, pasti sangat bergaya apabila memiliki iPhone 4 dari DiGi!

Apa harapan anda?
Berharap dapat memiliki iPhone 4 dari DiGi semestinya :)

Rumusannya, iPhone adalah telefon bimbit yang diidam-idamkan. Sangat berharap dapat memilikinya suatu hari nanti.

Nak juga? Jom tengok kat di sini
Previous
Next Post »