Diari Hari Raya ke 7

Hari ini, kami hanya berehat sehingga tengah hari kerana penat perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur semalam. Namun begitu, selepas Zohor terdapat aktiviti beraya di sekitar Kuala Lumpur. Pada mulanya kami ke Mutiara Damansara untuk beraya di rumah biras mertua. Untuk sampai ke sana, kami tersesat entah ke mana kerana tidak menjumpai rumah tersebut. Akhirnya bantuan dihantar.. huhuhu

Selepas beraya di Mutiara Damansara, lokasi seterusnya ialah Bandar Tasik Selatan, Cheras. Kali ini ke rumah kakak isteri Sop. Beliau baru sahaja pindah semalam. Oleh itu, kami ke sana bukan sahaja untuk beraya tetapi juga melihat rumah yang beliau baru pindah tersebut.

Balik dari Cheras, jiran di depan rumah pula jemput untuk rumah terbuka hari raya. Kami minta kebenaran untuk mandi dan segarkan badan kemudian bari singgah ke rumah beliau.

Di Kuala Lumpur, selagi ada Swayal, selagi itu juga masih beraya. Berbeza dengan kampung, biasanya hanya 3 atau 4 hari sahaja beraya. Hari minggu ini, terdapat lagi rumah terbuka.. huhuhu

Galeri gambar:
Bersedia untuk pergi beraya? 
Azfar sibuk makan kacang.. huhuh
Mainan sapa tu Azwar?
Beberapa saudara lain turut hadir beraya..

Previous
Next Post »