Tips pelawat berpotensi klik iklan

Adakah blog anda mempunyai ramai pelawat tetapi pendapatan iklan rendah?
Blog anda mempunyai traffic yang tinggi tetapi kadar iklan yang diklik sangat rendah. Antara punca terjadinya perkara ini ialah ruang iklan tidak strategik, iklan tidak keluar, pelawat tidak berminat dan sebagainya. Sekiranya anda memasang iklan berdasarkan 'page impression' kadar klik iklan rendah tidak menjadi masalah...:)

Tips kali ini membincangkan bagaimana mendapatkan golongan pelawat yang mempunyai potensi untuk klik iklan anda. Golongan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Pelajar sekolah - tertarik dengan iklan dan grafik dan tersalah klik
  • Remaja - tertarik dengan iklan dan grafik
  • Suri rumah - tertarik dengan tawaran
  • Profesional - tertarik dengan iklan
  • Warga emas - tersalah klik.. huhuhu [joking]
Golongan yang Sop maksudkan di atas ialah golongan yang tidak terlibat dengan blog atau laman web. Bagi yang terlibat secara langsung dengan blog atau web, mereka mesti tahu membezakan yang mana artikel dan iklan. Bagi golongan yang tidak terlibat dengan blog atau web, mungkin tidak menyedari yang dipaparkan adalah iklan. Bagi golongan profesional atau suri rumah, mereka akan tertarik dengan iklan yang ditawarkan.

Bagaimana hendak mendapatkan traffic dari golongan di atas?
  • Pengkhususan blog - pastikan entry [keyword] golongan di atas selalu cari. Contoh: game, movie, kereta, gosip, berita dan sebagainya
  • Lawat web dan forum yang disertai ramai golongan di atas - Contoh: makan komuniti, blog persatuan
  • Mengedarkan risalah atau papan iklan
Secara keseluruhannya, golongan yang tidak biasa dalam dunia blog/web mungkin boleh menyumbang banyak klik kepada blog kita tetapi perlu memastikan iklan berada di tempat yang strategik. Namun begitu, golongan yang terlibat secara langsung denganblog/ web sangat baik untuk mendapat traffic. Ini kerana mereka sangat aktif berada ditalian (seperti Sop sendiri la..huhuhu). Oleh itu, pastikan anda tidak hanya menumpukan satu golongan pelawat sahaja. Cuba dapatkan pelbagai jenis pelawat untuk mendapat faedah pelbagai seperti iklan, traffic, ruang iklan dan lain-lain.

Penulisan ini adalah berdasarkan pemahanan Sop sahaja, mohon maaf jika ada salah dan silap. Sekiranya terkurang, mohon untuk diberi penambahbaikkan dengan menghantar komen anda.
Previous
Next Post »